24 June 2013

Memang tak de rezeki Kami..

Masuk kali ni dah 3 kali aku tak dapat nak berendam dalam air laut ni.. Pe sebab aku pon tak tau.. mungkin ada hikmahnya kan..Kita tak tau..Tak de rezeki..Dapat main air kat tepi pantai je.. tu pon sebab air dah pasang and aku tak nak suar aku basah kuyup..(Walaupon hakikatnya dah basah ) sampai dah petang, air dah pasang.. Lagipon aku rasa macam tak sanggup nak turun mandi.. tu sebab aku decide nak tengok laut dulu.. Ikut plan nak pegi sesudah subuh.. Namun plan memang tak jadi kalu menda yang dah paln awal-awal ni..nak pegi pun ada je halangannya, sakit perut la, penutup tangki air tertanggal la..Memang Allah dah memang taknak kasi aku pergi.. Tapi gatai jugak nak pegi haa kan dah tak dapat mandi.. kalu ikutkan dulu selang sehari aku mesti pegi Port Dickson ni.. Tapi selalu ke Teluk kemang ni la.. Bayangkan Bangi-Port Dickson hari-hari.. Kalu tak pon turun seremban lepak makan kat R&R SEREMBAN arah Utara..hihi

Sebab-sebab aku macam dah tawar hati nak pegi sini lagi 5 sebab utama;

1. Ramai orang

2. Bau busuk

3. Kotor
sampah dibuang mereta-rata

4. Kotor
Buang sampah bila temolok semua dah penuh
5. Kotor
Sang pantai pon bawa sampah-sampah tu kelaut..

#Sangat kecewa tengok pengurusan pantai ni..Majlis Perbandaraan Port Dickson tak cuba amik inisiatif ke nak bersihkan kawasan pantai ni.. Macamna kalu pelancong luar datang?? Malu je..

Jerebu owh jerebu...

pemandangan jarak yang sangat terhad..

Dis picture was taken yesterday..Tengok..bertapa kelabu asapnye highway.. Pic ni amik time aku otw nak ke Port Dickson.. Jarak penglihatan yang agak terhad.. Sangat tidak sihat dan berbahaya untuk kesihatan.. 
Matahari pun macam segan-segan je nak tunjuk muka.. Laut pon tak berepa nak nampak..
Kebanyakan penunggang motorsikal kat area kawasan ni mengenakan penutup hidung.. Bagus jgk tu..tapi ada jugak yang segelintir tak pakai.. aktiviti luar memang tidak digalakkan la ye.. Patutla dari Bangi nak ke selatan aku tengok ramai yang dok nyalakan lampu kenderaan.. Aku ingtkan mereka ni lupa nak padamkan.. rupanya ni la puncanya. Untuk keselamatan memang la patut dinyalakan.. Iyelah mereka adakalanya tidak perasan kehadiran kita..Yang menambahkan buruk lagi keadaan bila hujan tak turun.. Memang kering la cuaca ni.. Debu berterbangan.. Yang aku musykil, jerebu ni da sampai ke pantai timur da.. Kuantan dan Terengganu pun da teruk.. Owh memang teruk jerebu kali ni.. Mereka kat luar tu,jangan la pulak buat pembakaran terbuka pulak.. kang lain pulak yang terbako..Kesian dak-dak skolah tak pegi skolah..(tapi musti dorang seronok sakan kan??)

#minum air bebanyak

22 June 2013

Roti tampal

Baru aku tau camne roti tampal tu..selalu dengar je tak pernah nampak pon.n bajet roti tampal tu roti macam roti nan tu.. Rupanya roti kosong yang ditampal dengan telur mata..hehe yang lagi lucu dengar mapley tu oder kat kawan dia si roti master (gelaran bagi kemahiran mereka) tu"ane grongrengrong roti tampal goyang rendek" tang goyang tu tmbh lucu.. Mungkin customer nak telur yang separuh masak. Tu yang adanya roti tampal goyang tu.. Pape pon capati dan roti kosong dah selamat masuk dalam perut ni.. Alhamdulillah...

21 June 2013

...mengingatkan aku

Hari-hari bila bukak je newspaper, musti bace pasal kisah-kisah tragis..bulan ni je dah 3kes.. semua membabitkan muda belia.. tadi ondway nak balik, lalu belakang balai polis kajang(tempat parking kereta-kereta yang kemalangan) kebanyakannya remuk teruk.. orangnya tak pastila macamna gayanyakan..dapat tengok kereta pon dah ngeri..Walaupun aku ni penggemar membaca blog yang berkaitan kes-kes camni, hati tetap tak kuat macamna kita membaca dari melihat apa yang terjadi depan mata.. Nak jadikan cerita, kesian apek cina tu.. nasib baik dia tak laju.. kalu tak da superman depan aku ni.. Betul-betul kat simpang nak kuar dari jalan kat belakang Balai Polis ni.. Tak tau sape salah samaada apek cina tu ataupun pemandu kereta Mercedes tu.. Tapi aku perasan kereta tu memang bagi signal.. cuma tak sure sebelum simpang atau time nak masuk simpang.. sempat la apek tu lompat dari motorsikal dia.. kalu tak terkepit kaki tu kat divider.. ondway pulak nak balik opis, kereta m kereta kat rounbout Bangi.. Salah kereta tula..muncung keluar depan sangat.. dah kena tabrak.. 

Nak dijadikan cerita, secara tak langsung Allah sebenarnya mengingatkan aku supaya pandu berhati-hati dan cermat..Bukan bawak melulu.. (Secara peribadi memang aku agak kalut kalu aku tengok jam dah kul 7:30pg.. kejar thumb print..) 

#So Cik Pencinta Agung.. berhati-hati memandu.. Jadikan cerita yang ko selalu baca sebagai pengajaran..

Jerebu melanda kajang!!

Bukan Negeri Johor je yang teruk di landa jerebu, Kini jerebu dah menyerang Bandar Kajang.. Kalu camtu apa kata kita usul kan supaya cuti jugak macam Bandar Muar.. aktiviti pendakian ke Gunung Nuang di batalkan bagi faktor keselamatan dan kesihatan.. ngeee~ Eleh nak cuti pekebendanya, dah memang sah-sah esok cuti.. Sabtu and Ahad.. Lain la esok hari Isnin ke.. Tapi yang usul tu memang aku nak.. Sebabnya esok nak kena mendaki Gunung Nuang tuh.. Adeh.. Kalu ikutkan aktiviti camni terpaksa la dibatalkan.. Betul tak?? (soalan bagi budak yang memang nak ngelat) kau tak caya korang boleh tengok pic ni.. and boleh datang cini kalu tak caya.. Apa sebab ye jerebu ni.. Kebakaran kat Riau tu kan? aku kurang pasti sebabnya semalam tengok berita skip-skip.. Newspaper pon aku baca langkau-langkau.. takpe.. nanti acik kompemkan balik na..

#punca-punca batuk.. jangan lupa minum air masak bebanyak..

19 June 2013

Bulan ramadhan dan syawal

Ramadhan beberapa hari lagi bakal menjelma, syawal pulak sekelip mara tiba..masing-masing sibuk mensupply sampel kuih raya..ada jgk duk menjual kain tudung  buat raya nnt.. Aku hanya tumpang seronok tengok gelagat mereka-mereka ni berniaga.. Bagus sebenarnya..memang dalam Islam amat menggalakan umatnya berniaga bagi menjana pendapatan..tapi masalahnya, tak kena masa dan gaya..tak pepasal pulak aku yg kena usung..memang tak berkenan aku..aku pun xrajin nak pergi bertandang jabatan lain. Ni lagi pulak nak berbisnes..

#memacam gelagat mereka ni

11 June 2013

Tumpang gumbire...

Blog yang tiap kali tak pernah miss nak blogwalking adalah dua budak comel ni.
Irine Nadia marcello wit her asben

 memasing sedang menempuh fasa yang berlainan.. Cik adik aku sorang si Irine nadia Marcelo baru je menempuh fasa menjadi seorang Ibu.. Tahniah..Walaupun kita memang saling tidak kenal-mengenali, tapi memang suke baca blog mereka ni.. Masing-masing ada tarikan sendiri..Buat Puan Namee,congrates for ur Baby in thomb..Jaga diri bebaik.. Jom rerajin view blog dorang ni.. Comel Baby FM Irine.
Baby Irine yang lom ada nama.. Comel cam ibu dia
.Macam Ibu dia jugak.. and Namee jaga take care ur self..Si Irine ni aku start kenal Blog dia since dia baru je lepas tunang.. Then dah kawen.. and now dah ada baby da.. lama gak aku follow Blog dia ni.. Puan Namee starting dia Kawin and until now..
Namee n her asben
tu pon gara-agra nak baca review pasal Tabita Skin Care.. Then until now aku follow mereka berdua ni.. Blog yang wajib aku bukak bile aku online...

03 June 2013

yeah MELAKA!! here i come!

Aku taktau la ape yang menerujakan aku untuk ke melaka ni. Memang tak boring..Datang la berpuluh kali pon,tak jugak boring.. Aku rasa,masuk ni dah dekat 5kali aku g berjalan lepak sana..Plus dengan family dalam 7kali.. Kebest san nya,korang kena la pergi sendiri.. Modal kecik je.. Untuk ibubapa yang tatau nak bawak anak-anak g berjalan mana, sini aku leh sharekan.. Atcually plan asal nak pergi Port Dickson.. Nak berenang sambil berenang-renang menelan air masin laut tu..(macam la pandai sangat berenang) tapi apekan daya, manusia yang datang bukan kami sorang, plan nak ke PD akhirnya ke Teluk Kemang jugak sebabnya syok tengok orang mandi.. Lagipon dah biasa kat sana.. Port Dickson and Teluk Kmenag tak jauh pon..dalam 3km je.. Klu dari highway korang jumpa Roudabout, Kiri Teluk Kemang, kanan Port Dickson.. So disebabkan ramai, aku pon terus jela ke Teluk Kemang.. pon sama manusia seramai gile.. dengan rombongan lagi.. Parking? No Way.. TAK DE ok!! So memang tak la.. cari port lain kat Pantai Tg.Tuan pon xde.. hanya bot nelayan je ada.. tapi yang syoknya kat situ ada jeti nak ke pulau kecik.. Kalo nak tangkap gambar untuk weeding memang sangat cun.. Tapi so sad, aku tak singgah sebabnya sunyita  de orang and takut jugak tengah berenang-renang kang tetiba sangkut kat jala ke apa.. satu kes plak lemas takde sape nak nolong.. So, patah la balik.. Lalu Teluk Kemang pon de same situation.. Penuh and no parking..

Sempat amik pic ni je kat Port Dickson

Last-last cabut.. terus terpikir nak ke MELAKA.. So aku sempat kol kak Mimi (staff lama pangkat mak pon tapi aku panggil Kakak@ Mak angkat jugak la) bagitau kami otw datang sana.. Huh jem oo.. sampai Pusat bandaraya jem.. berjalan aku atas jalan je.. Cuti-cuti Malaysia atas Highway.. hoih jem, nape sume nak kuar time aku kua ni..pegi la duduk uma bobok ke tengok ecen ke.. sampai kul 2 amik Kak Mimi kat Mydin Melaka Sentral,terus g umah dia.. Dekat je pon. Dia pon jalan kaki je dari rumah dia.. Makan-makan kami terus gerak.. So nila destinasi yang aku dah lama nak pergi tapi asik tak dapat je.. Same thing, jalan jem.. ni hah buktinya..

jalan jem nak ke dataran pahlawan berdekat dengan Bangunan Stadthuys.. 

sO bawah nila tempat aku nak pegi.. tapi asik datang je dah tutup..sebab dah malam..hihi Harga ticket RM6.00 tapi kalu tunjuk Mykad dapat diskaun 50%.. so kami masuk 3 orang hanyalah RM9.00 je.. Ticket ni leh guna untuk masuk ke Muzium TLDM..

ni la dia.. Muzium Samudera..i like...impian dah tercapai T_T
Ni pic yang boleh dishare bersama lets enjoy...

Peti besi tu ada 3.. Berat gile..semua besi padu..

 
Replika Kapal Portugis
Replika Kapal Inggeris
Sauh kapal ni je da Besar 5lelaki dewasa.. Beratnya..lu pikir la sendiri.. 
So pastu kami ke muzium Maritim pulak..Dalam ni ada pelbagai info pasal maritim da hidupan laut.. Aku sempat jugak la beli sourvineur.. tapi tak banyak pon 2 je.. Keychain and fridge magnet.. ada lagi lam beg tak bawak kuar.. hihi

Muzium ni bersebelahan dengan Muzium samudera.. Takde bayaran untuk masuk..sebab laluan yang sama..


Dalam ni banyak info pasal penjajah yang pernah menjajah Tanah Melayu suatu masa dahulu.. Antaranya Vasco De Gama and the geng..hihi








Lepas selesai kami ke Muzium TLDM Kat seberang jalan je.. So kena la melintas dengan berhati-hati kerana beca kat sana takde break kot.. Laju je nak bawak ..ngeee~

Dalam muzium ni semua mengenai TLDM ada info pasal ni.. antaranya alatan perang,pingat-pingat dan sebagainya..
Helikopter..hihi comel cam pepatung..


pingat-pingat kebesaran dan plak(tapi plak aku tak letak la..dah banyak sangat gambonye..
Bom lame pon ada dipamerkan disini..
So setelah penat berjalan kami pon menuju pulang..

Tempat yang sama dalam kereta.. Still jem..

#Opps jangan lupa drop kak mimi balik kang nangis pulak dia.. hihi So pe lagi jom merempuh jalan jem kat Highway pulak... adeshh.. Nak singgah Muzium Setem dan Bangunan Afamosa, tapi dah malam.. dah tak nampak ape pon.. Lagipon keras!!

Kenanga mall

Akhirnya ade jugak kesempatan aku nk p kenangan Mall ni.. Bertolak dari rumah from Bandar Baru Bangi to Bandar Baru Salak Tinggi.. G uma kakak aku dulu, pickup dia dari sana.. Then bawak kete p airport. Naik bus g KL Sentral..(jaoh betul perjalan aku semata-mata nak p Kenangan Mall ni..) sampai KL Sentral nek kaki nak Monorail pulak.. Bapak la Jaooo.. Tapi sebelum tu, sapdek dulu kat Rasamas KL Sentral.. Hoiii ni nak komplen secara terang-terangan.. Please upgrade korang punya servis ye..Manager mana? Dari dulu sampai aku pegi, servis hampeh.. yang jaga bebudak muda.. tak pandai langsung PR dengan customer.. Nak order dekat 10 minit aku tercegat depat cashier.. yang minah-minah ni sibuk ntah apa ntah.. Aku pon tak paham.. situasi sama time nak bayar.. Almost 10minit lagi sekali aku tercegat dekat dengan cashier dia.. Hey memang rasa nak komplen je kat customer service... ok stop kemarahan..

sempat je minah ni buat peace

So dari monorail kami berhenti kt jalan hang tuah kot.. tak ingat pulak.. jalan kaki je separuh jalan nak ke KM tu.. last-last giveup naik teksi.. hihi jap je pon tak sampai 2minit..tapi aku dah kepenatan.. naik jela kemudahan yang ada..

Sampai sana mana dah rambang.. tapi tak berapa teruja sangat sebab body i ni makin comel.. beli pon seluar kaleful tu then cardigant.. soping dalam beberapa jam je..xsempat.. plus cuci mata n kakak aku dok mencari belt da berejam.. cari belt pon lama..ntah pape ntah.. so kami balik almost kul 9.. balik sama gak naik bus..sempat gak lelap lam bus tu.. ngantuk siot.. sampai airport kakak drive ke umah dia.. then aku pon cabut balik umah.. sampai dah kul 11.. ngeh3..sek baik jalan tak jem...

#cerita basi yang baru nak post..