07 February 2017


Tahniah untuk adik tersayang, Aiman Hakim dan Bakal adik ipar Hasanah (Ana). dis yaer inshAllah dapat adik ipar baru.. Leh la tolong masak-masak kat dapur nanti.. hehe.. Nanti balik kampung tak gaduh dah. dekat je..boleh geng dengan kakak angah ko ni.. Raya ipoh je..

Rombongan Pihak Lelaki dah tiba..

Program start lepas asar.. ada la dalam 8 biji kereta konvoi..Hantaran yang pihak perempuan tetapkan RM10,000 dengan Mas kahwin RM1100.. Lebih kurang aku jugak.. target majlis akan dilangsungkan bulan ogos ataupon September.. bab tu nanti mereka berdua akan bincang. Abang pada si Ana ni kerja kat Qatar, so dia nak set time balik Malaysia.. hopefuly Aiman pon sempat nak prepare untuk wedding dia.. Aku pon aritu kelam kabut.. Nasib last minit berjalan lancar juga.. Allah banyak membantu.. Family pon banyak memberikan sumbangan tenaga dan sumber kewangan.. Nak harap saving, tak cukup wei.. nasib ada main kutu dan simpanan sendiri.. dan pinjaman dari hamba Allah ni.. Semoga murah rezeki kalian dan dipermudahkan urusan kalian.. Nanti kita update cerita wedding.. excited nak share.. tapi xde masa nak menaip.. huahuahua..

hantaran untuk pihak perempuan
Bab hantaran ni atcually macam musykil jugak.. Bertunang je tapi barang macam nak kahwin punya yang dikasi.. OOoo rupanya hantaran yang ni je.. Nanti time masjlis Kahwin nanti tak payah dah bawak.. bawak bunga pahar, dengan duit mas kahwin je..begitu ceritanya.. lain tempat lain cara.. aku dulu bertunang dapat, time majlis pon dapat..

Yang baju biru tu mak ayah pihak perempuan.kami semua geng Merah. Bukan Merah Geng Jamal Jam*** ye.. mukakaka

So far ok alhamdulilah majlis berjalan lancar.sampai ke tahap nak balik je.. yang ni syahdu sikit.. hehe kereta lak beteri boleh kong..dah la da petang.. sampai ke maghrib sangkut kat umah orang,, try punya try rupanya bateri out.. jenuh jugak la makenik tak bertauliah tu godek-godek..kira kepala dekat 10 orang.. dah le malam nak gerak balik.. lastnya tak balik pon..Terpaksa EL sebab hal ni.. Maaf ya ofismate n boss.. tak sengaja. nak apply cuti tak leh plak sebab renew kontrak.. last-last kena jugak cuti kecemasan sebab hal tak diduga ni..

gerak esoknya dalam kol 10 pagi lepas da beli bateri..sampai kol 12 lebih.. Alhamdulilah...

31 January 2017

Camping berjemaah

Here again sempena cuti tahun baru.. kulit sunburn aritu lom lagi elok dah tambah kasi bakar kulit minggu ni. Kali ni bakar kulit beramai-ramai.. Ramai jugak kali ni kat Port Dickson. Mungkin sebab cuti sekolah dan cuti sempena Tahun Baru Ciba, makan ramai mak ayah bawak family dia bercuti. Bagus jugak amalan camni..mengeratkan silaturahim antara keluarga dan bangsa. 

Sabtu haritu ada dua kenduri, lepas abis kenduri terus tuju ke Giant cari khemah untuk camping kami..  Dapat la grab satu khemah dengan lapik tu.. Khemah je dah harga RM139.00 plus lapik tu RM29.90 Dengan bola RM3.00. Balik tu terus cuba pasang.. Taraa jadi pon walaupon bukan ahli pengakap.. hihihi

berposing dengan baju kenduri

 malam tu gerak dari bangi kol 10:30malam.. makan malam dulu takut kang kebuluq tengah malam.. tu pon atcually kenyang lagi makan lauk kenduri tadi.. so order simple-simple je.. mee celup ngn kambing bakar..

makan dulu..

 So sampai sana dalam tunggu ramai-ramai berkumpul.. tido sana xde buat BBQ pon sebab semua plan agak kelam kabut sebab ada yang ada urusan lain.. so pasang khemah layan borak.. penat tido..esok baru operasi mandi manda.. konon nak bangun kol 6 pagi mandi pon tak jadi sebab sejuk sangat.. time datang tu air surut.. so nak ke tengah tu seram plak tak nampak.. tak pegi turun laut pon.. lagipon takut berpasir..kang berpasir lak khemah.. nak tukar baju seluar pon leceh..so esok siang jela baru main  air..

belom cukup korum..
jom mandi.. kasi bakar kulit.. time ni da ada 3 family.. haa baru la meriah.. sume dok pakat main air .. tapi pelik, makin ke tengah makin cetek je air.. rasanya da separuh pantai da pergi.. air baru paras punggung je.. 

satu family lagi takde..tenga bersiap mandi..
dalam kol 3 gerak.. pergi makan then planning nak ke rumah terbalik.. pergi je tapi tak masuk.. enterance RM20.00 adult kekanak RM15.00.. so sebab penat letih sume tak masuk.. balik je.. sebab takut jalan jem..kami pon balik lalu jalan dalamm.. ALhamdulilah sampai uma kol 8.00mlm kol 10.30 malam da masuk tido..