13 July 2017

Sakit penghapus Dosa


Lama menyepi sampai tak sangka da masuk bulan Julai. Dah sambut raya dah.. puasa pon dah.. tinggal nak ganti puasa.. Masih lagi mood Raya holiday.. Malas tu masih ada.. haha

Macam-macam dilalui dalam tempoh 6bulan menyepi ni.. antaranya sakit, pindah rumah dan kedai dan juga Hari Raya.. Kita mulakan dengan sakit aku dula la..

23-28 MARCH 2017
Tak salah sakit tu dah mula dari 22hb March aritu.. seminggu sebelum tu datang bulan.. tapi pelik 3 hari je pastu darah stop keluar..23hb March pergi klinik panel dekat tempat kerja, doktor siap amik sampel air kencing.. dia ingatkan pregnant..sebab time tu kepala rasa berat semacam..nak kata sebabkan nak period tu memang tak la coz baru lepas.. tapi ada bagitau kat Doc pasal period 3 hari tu..tu yang buat urine test. lepas dapat result doc bajet cam aku pregnant sbb macam ada double line tapi light2 je colour nya.. time tu da start sakit kat bahagian Tut aku.. Atcually bukan la kat situ pon.. but area situ.. on dat time ingatkan bengkak kelenjar kat celah peha membawak ke celah kangkang.. cumanya tak la sakit sangat. so doc bagi aku rehat.. so balik awal la aku aritu.. lepas jumpa doc, sakit tu makin teruk..Jumaat aku amik MC lagi sabtu Ahad aku da tergolek-golek mengerang sakit. Isnin dan selasa aku EL tak larat nak bergerak. baring tak kena tido berjalan semua tak boleh.. inikan nak berjalan pergi klinik.dah macam orang tua bongkok tiga.. duduk dalam kereta pon SEKSA.. Hari rabu tu suh En. Somi bawak pergi klinik lagi.. Doc buat checkup. Nasib Dokcor perempuan.. Malu i makk. Doc bagitau esok kalau tak okey dia suh datang then refer Hospital. So aku decided amik Hospital yang terdekat jela.Hospital Kajang.. Akhirnya sememangnya tak jugak sihat tapi makin sakit.. Maka ke Hospital la aku. Dah la dalam masa sama da start pindah barang. kemas barang nak pindah rumah.. huhu dugaan betul.. Sian En. Somi buat sorang-sorang.. Runsing dia.. Mana tak nya.. dok uma dengar bini mengerang sakit. nak kencing pon nangis siap suh sabar.. Sakit abang oii.. I ni hati kental.. tapi kali ni sakit sangat.. so kena la hadap i ni ye..hehe

29-30 MARCH 2017 
Lepas dah daftar urusan masuk, dari kol 4.30ptg bawak ke malam, tinggal la aku dok sepital tu sehelai sepinggang. yela mana ko expect terus admitt. ape pon xbawak. nasib ada power bank. dapat la beronline.. kalu tak kayu ko kat dalam tu. esok En. Somi da nak set up lori lak angkat barang.. dalam pada sakit-sakit tak sihat tu dapat gak la aku mencari lori angkut.. tapi yang ada time tu lori 1 tan je.. adehhh.. 2 akli trip pon tak lopeh barang umah tu.. Lori 3 tan  roadtax mati plak.. hmmm..
so aku cakap tak yah pening-pening nak datang bawak barang. Abang sattlekan jela pasal pindah.. Khamis tu aku dok la sepital tu makan tido je .. esok dan nak kena POTONG plak.. jadi kita ready jela tuk disembelih esok..akhirnya Dok Hospital Kajang Diagnos sakit aku ni Bartholin's Abcess.. Cari la sendiri kalu nak tau tak pon klik link ni klik sini . ingatkan masuk hospital terus baik.. kalau sebelum tu nak test urine tak lepas-lepas sampai dekat 20minit dalam toilet dengan En. Somi.tapui tak keluar-keluar air kencing. Lepas dapat je katil, malam tu Eh.. tak sakit pon tempat tu.. (padahal aku dah lupa yang doktor bagi ubat tahan sakit) kalau tak nak baring berjalan pon tak dapek doo.. dok atas wheel chair pon jenuh aku adjust montot ..

31 MARCH 2017
Misi kt situ pesan suh puasa pagi tu.. so aku tak la makan pape.. cuma minum air je.. rupanya tak leh jugak.. haha kan dah kena marah.. mana la aku tau tak leh minum.. Selalu aku dengar boleh je.. Asalakn jangan makan.. kalau aku tau awal-awal da niat pose.. hehe so lambat la skit operatenya.. tolak ke OT kol 4.30ptg. tu pon sempat aku kerling jam kat henpon LENOJO aku tu. jenuh nak adjust montot naik ke strecher.. dah la ada palang kayu.. camne nak adjust.. dah la sakitnya kat area tu.. malaun betul. Dalam OT misi tanya nak half body or full body.. aku suh bagi tido jela.. lagipon aku xleh nak bongkok.. camne dorang nak cucuk kat belakang..  macam kena pukau je.. saje tahan mata kot tak pengsan.. sedar-sedar da siap. kol 6 lebih..haha terer doktor n misi tu jampi.. tewas jugak aku..
dat time abang kat umah baru..sibuk uruskan barang yang dan bawak masuk..  sian dia.. dalam pada tu jugak tu la kali pertama tengok umah.. means semenjak deal dengan owner hanya melalui whatsapp je.. yela da la sepanjang bulan dok mencri rumah.. rumah yang konon nak sewa padahal tak de pon owner asalnya nak sewa.. Nasib kami berhati-hati membuat keputusan. tunggu dapat kompom baru payment. yang ni nanti cerita pasal rumah.

1 APRIL 2017
Discharge tengahari tu..Pagi tu azab dressing luka.. sakit oo.. dah la yang operate to doctor lelaki cina.. malu makk.. nasib doktor yang sama untuk followup..  balik En somi amik terus balik umah.. ko ingat aku nak buat pe.. Kemas la weh.. walaupon luka still fresh, tak sanggup tengok dia buat kerja sorang-sorang. nak tak nak aku tolong gak.. Kena bising pon aku buat pekak je..  yang penting tak sesakit sebelum ni.. sakit luka je..so aku MC sampai 13hb April 2017.Dalam pada tempoh tu mengemas jela kerja aku.. kemas rumah kemas kedai.. kereta Honda and Iswara tu tiap hari ulang-alik angkut barang kecik-kecik.. fuhhh..