07 February 2017


Tahniah untuk adik tersayang, Aiman Hakim dan Bakal adik ipar Hasanah (Ana). dis yaer inshAllah dapat adik ipar baru.. Leh la tolong masak-masak kat dapur nanti.. hehe.. Nanti balik kampung tak gaduh dah. dekat je..boleh geng dengan kakak angah ko ni.. Raya ipoh je..

Rombongan Pihak Lelaki dah tiba..

Program start lepas asar.. ada la dalam 8 biji kereta konvoi..Hantaran yang pihak perempuan tetapkan RM10,000 dengan Mas kahwin RM1100.. Lebih kurang aku jugak.. target majlis akan dilangsungkan bulan ogos ataupon September.. bab tu nanti mereka berdua akan bincang. Abang pada si Ana ni kerja kat Qatar, so dia nak set time balik Malaysia.. hopefuly Aiman pon sempat nak prepare untuk wedding dia.. Aku pon aritu kelam kabut.. Nasib last minit berjalan lancar juga.. Allah banyak membantu.. Family pon banyak memberikan sumbangan tenaga dan sumber kewangan.. Nak harap saving, tak cukup wei.. nasib ada main kutu dan simpanan sendiri.. dan pinjaman dari hamba Allah ni.. Semoga murah rezeki kalian dan dipermudahkan urusan kalian.. Nanti kita update cerita wedding.. excited nak share.. tapi xde masa nak menaip.. huahuahua..

hantaran untuk pihak perempuan
Bab hantaran ni atcually macam musykil jugak.. Bertunang je tapi barang macam nak kahwin punya yang dikasi.. OOoo rupanya hantaran yang ni je.. Nanti time masjlis Kahwin nanti tak payah dah bawak.. bawak bunga pahar, dengan duit mas kahwin je..begitu ceritanya.. lain tempat lain cara.. aku dulu bertunang dapat, time majlis pon dapat..

Yang baju biru tu mak ayah pihak perempuan.kami semua geng Merah. Bukan Merah Geng Jamal Jam*** ye.. mukakaka

So far ok alhamdulilah majlis berjalan lancar.sampai ke tahap nak balik je.. yang ni syahdu sikit.. hehe kereta lak beteri boleh kong..dah la da petang.. sampai ke maghrib sangkut kat umah orang,, try punya try rupanya bateri out.. jenuh jugak la makenik tak bertauliah tu godek-godek..kira kepala dekat 10 orang.. dah le malam nak gerak balik.. lastnya tak balik pon..Terpaksa EL sebab hal ni.. Maaf ya ofismate n boss.. tak sengaja. nak apply cuti tak leh plak sebab renew kontrak.. last-last kena jugak cuti kecemasan sebab hal tak diduga ni..

gerak esoknya dalam kol 10 pagi lepas da beli bateri..sampai kol 12 lebih.. Alhamdulilah...