28 March 2013

nyam..nyam nyamm... jom makan ubi kayu rebus

Sedapnya makan cicah kelapa atau sambal ikan bilis...
Wah da lama sangat aku tak makan ubi kayu rebus..and rasanya dah lama aku minta mama buat untuk aku..(means bukan la untuk aku sorang..untuk satu family la..)dari duduk Nilai sampai la sekarang..baru dapat makan..yang ni aku buat sendirila..Alang-alang aku terjumpa kat kedai Buncit tu(kedai runcit) aku terus je Grab..suruh Bai tu  pilih mana yang okey..oder skali kelapa parut untuk buat cicah-cicah..Memang sedap..dulu arwah atuk aku selalu buat time aku duduk rumah kecik(rumah tempat arwah atuk aku lepak-lepak)Siap tolong cabut pokok ubi skali..miss that moment..huhu~ Nak jugak buat sambal ikan bilis,tapi masa tidak mengizinkan..kalu dapat memang aku suka..cicah kelapa ngan gula pun dah terangkat! sedap!! For ur information, ubi rebus ni boleh merawat penyakit kenser..Tapi macam biasa la,setiap benda musti ada Pro dan Con nya..Ubi rebus ni pun tak leh makan selalu sebab dia ada sejenis racun yang dipanggil Sianida..memang Racun ni diketegorikan sebagai racun yang berbahaya pun..Jadi makan la berpada-pada..Apa yang penting tertunai sudah hasrat Cik Tinot nak makan Ubi rebus...Alhamdulillah merasa jugak.. 




#Alamak..terasa nak makan lagi la..ada 3ketul lagi yang tak berebus dalam Lemari Es tu..

segmen 300 blogger

 segmen 300 blogger.. cik tinot tak pernah join mana-mana contest.. so ni first time.. mari ramai-ramai kita join contest en.paly ni..due date dia 3 April ni sebelum kul 12.00malam..so marilah memeriahkan nya....

25 March 2013

perkara yang korang tak patut buat semasa dalam masjid..

http://youtu.be/PVE0U3r6nT0

Korang nak release tension..Jom kita layan vvideo ni... selamat menonton !!

Selamat Hari Polis yang ke-206 tahun



Kepada Mama and Ayah selamat menyambut hari polis..tanpa kamu berdua, negara kita tidak seaman ini.ucapan ini dituju khas juga untuk semua Anggota Polis Diraja Malaysia..
Secara jujurnya aku berbangga dilahirkan sebagai anak anggota polis..dari duduk berek polis subang, berek polis petaling jaya , Kuarters KLIA sehingga la duduk rumah sendiri..Semua ada sejarah dan kenangan manis.. Bangga je bila orang tanya Ayah kerja apa? Polis... Emak kerja apa? Polis.. Dan aku juga cucu kepada dua anggota polis..Atuk belah Ayah dan Mama..means Tok Ki dan Embah.. Walaupun mereka berdua dah tak da..Jasa mereka pada negara jangan la dilupa..Kepada Mama dan Ayah selamat bertugas..Jasamu sentiasa ku kenang..Dengan pendapatan itula kami adik beradik membesar.. Sayang mama dan ayah!!!


SELAMAT HARI POLIS

19 March 2013

~jom buat muffin~

sabtu minggu lalu, semntara menunggu customer yang tak berapa ramai petang tu, aku pon bawak la keluar segala bahan-bahan untuk Muffin aku tu..(hehe sempat jugak curi masa nak memasak) rindu gile nak masak.. yela, aku kan seorang yang sentiasa busy 24/7/365 .. memang tak demasa..so peluang yang ada tu aku guna seabik mungkin untuk menjayakan operasi Kek Muffin aku tu.. so ni la permulaannya... 

Mula-mula aku bancuh segala jenis tepung , gula , and aku tak gunakan butter..hanya menggunakan minyak jagung yang aku sempat g beli kat 7eleven kat area kedai aku tu..telur pon aku mintak kedai punya telur..(hehe mintak 3 biji ye) so ni la hasilnya. Lepas dah bancuh, aku asingkan 4bekas..semua untuk aku letak kaler yang berlainan..

pastu lepas bubuh kaler ijau, aku letak kaler bawah ni..

pastu bubuh kaler ungu pulak

tepung tak cukup..so jadi la kaer camtu..hehe







haa ni pic sebelum masuk lam oven..



Ha.. ni la hasilnya...
haa cayeke tu hasilnya?? hehe sebenarnya tu pic fridge magnet je.. yang sebenarnya aku xsempat nak snap..anakonda da perabih semuanya..(sian anakonda yang kena)hihi
Selain yang ni, aku buat skali Muffin coklat  .. banyak si anakonda yang makan..

13 March 2013

Majlis perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan selangor

cuba cari dimana saya
11 mac 2013 tarikh dimana perhimpunan ni diadakan, ianya berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam..Rasenya ni kali kedua aku pergi kesana..kali pertama time skolah menengah dulu..tapi taktau pe motif pergi time sekolah..yang aku ingat orang dok main caklempong je..kami tiba lewat tadi..jalan jem gila padahal gerak awal dari kajang.. Sampai je kami, Y.A.B Dato'Menteri Besar pun tiba.. Sudah sekian lama aku tak nyanyi lagu Negeri Selangor..Yela since pindah Nilai, then skolah kat Seremban so aku tau nyanyi lagu Negeri Sembilan jela.. Walaubagaimanapon lagu selangor aku tak pernah lupa..Rasa bangga la jugak walaupon alomst 10tahun meninggalkan Selangor, lagu Negeri Selangor tak lupa pon..Perhimpunan tu dihoskan oleh Jabatan Alam Sekitar dan ada perasmian dan pengenalan tentang peralatan pengukuran Udara Ambien PM2.5..dimana alat tu boleh menguji tahap udara di negara kita..tak salah aku dah dua buah dipasang..satu kat Banting, Selangor dan satu lagi aku tak ingt kat mana..Perhimpunan ni tak ambil masa lama pon..sampai pukul 09:30am je..sampai ofis pon dalam 10:15am.. Baru terasa pentingnya alam sekitar sebab kebanyakan kita tak menghargai alam sekitar ni..Macam-macam pencemaran ada,dari segi pencemaran air, udara, hutan, tanah dan sebagainya.. Jadi marilah kita menghargai alam sekitar kita dari terus tercemar..

~F.O.B.I.A~

Pagi tadi dengar celoteh Johan,Kiran dengan si Ray tu..cerita pasal fobia..tersenyum-senyum aku pepagi kalu dok layan dorang ni lam kereta..(terapi jiwa) masing-masing ada fobia masing-masing..aku pon ada few thing yang jadi fobia.. antaranya, dari kecik sampai la sekarang sangat Fobia dengan SANG LIPAS atau dikenali sebagai Katsaridaphobia Fobia pada lipas..tak tau pesal..mungkin time kecik aku yg selalu balik kampung nenek aku ni sentiasa berhadapan dengan lipas kat dapur..memang sangat banyak sampai nak jalan g dapur pon terjengkit-jengkit tak pon TAK MASUK langsung ke dapur..

Fobia takutkan gelap atau dikenali sebagai Achluophobia dan Lygophobia : Fobia pada kegelapan.. Aku pon pernah jadi fobia takutkan gelap sebab gara-gara bilik aku di masuki OM (Orang minyak<--- atcually bukan la orang minyak pon) sek baik aku ni bukan spesis manusia tido mati..sempat gak la aku terjaga bukak lampu..rupa-rupanya ada manusia duk bawah katil..since tu tido memang tak tutup lampu..almost 3 tahun lebih jugak la... Asal tutup lampu je terasa cam ada orang..Huh memang tak leh digambarkan perasaan tu..memang tak leh tutup lampu.. Bila da lama-lama kekadang timbul jugak perasaan tu.. Contoh kalu tetiba je blackout, secara automatiknya aku akan memyorok dekat mana-mana yang aku rase selamat..macam baru-baru ni,tengah menjahit tetiba lampu terpadam, terus aku terperosok tepi meja..haha gelak aku sensorang bila lampu tu menyala balik..Takut ngan momok pon ye..Gelap tu...


 Haa yang ni aku memang takut..Sembur nyamuk.. Bukan semburan nyamuk macam Ridset or Shieldtox tu.. tapi yang datang daripada Jabatan Kesihatan atau semburan yang pihak Majlis Perbandaraan buat kalu ada kes Demam Denggi..Huh bunyi dia je memang seram..Kalu duk berek bunyik bergaung..Macam bunyi kena kejar dengan raksaksa Gaban je...Hoho~


# tak leh tinggal kalu tak dengar radio era waktu pagi walaupon kengkadang radio lam kete tu ada bunyik semut

12 March 2013

~Aku Anak P.O.L.I.S~


Dalam suat kabar harini, semua anggota polis boleh tersenyum and melompat kegirangan la sebab gaji mereka ni akan di naikkan.. Ni sume gara-gara Lahad Datu tu.. Disini kita boelh nampak bertapa besarnya tugas yang digalas oleh mereka yang bergelar polis..Bukan senang nak jaga negara kita ni..nampak mudah tapi hakikatnya sentiasa dalam bahaya.. 
Setelah selesai urusan BR1M kat Bank CIMB tu, aku pon balik.. So otw balik ke ofis (jalan kaki je g Kajang tu sebab dekat,tengok dari atas je cam jao) terserempak dengan seorang anggota polis trafik wanita sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi..huh kerjaya yang dulunya dipelopori oleh kaum lelaki sekarang telah digalas oleh kaum wanita pula.. lepas je alihkan pandangan sambil bermonolog sensorang, sebuah teksi yang dipandu oleh kaum wanita pulak.. Wahh bangganya saya.. pelbagai persoalan bermain diminda.. Kenapa akak tu pilih kerjaya sebagai polis ha? Akak tu pulak berani betul dia bawak teksi..tak takut ke kena samun dengan orang jahat? kenapa perlu dia bawak teksi, bukan ke boleh kalau dia jual kuih kat tepi jalan ke jaga anak orang ke..kenapa ek?
Inila mama saya.. sorry ayah , ur picture xde..sape suruh tak pakai uniform..
Mungkin dia minat kot...sambil terpikir suma tu timbul perasaan bangga kerana mama aku pon seorang anggota polis yang mengalas sebagai Sarjan di tempat beliau..Beliau juga merupakan seorang mama kepada 5 orang anak, Isteri kepada seorang anggota polis jugak, seorang anak kepada seorang bekas anggota polis dan juga menantu kepada bekas anggota polis jugak..hoho memang hebat mama aku ni.. Haa, nanti bakal menantu pon bekas anak polis gak n berabangkan ipar anggota polis..hahaha memang kaum kerabat aku ni semuanya polis.. Ayah aku dah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia dekat 30tahun da..mama pon sama..so macam-macam yang mereka pernah lalui.. aku pon da biasa dok lepak kat balai tu..kalu dengan ayah aku,dari kecik da pergi opis..dulu opis ayah kat Terminal Subang..Ayah aku seorang Special Branch..so tak pernah pon nampak dia pakai uniform polis dari dulu sampai sekarang kecuali AMIK GAMBAR..hihi dan mama dari duduk opis, pastu transfer PGA.. then sekarang MPV.. Standard anak polis, mesti pindah randah.. Bermula duduk kat Berek Polis Subang, pastu pindah ke Berek Polis Petaling Jaya dan akhir sekali Kuarters KLIA.. Kalu cerita pasal ni mau boleh buat siri 1, siri 2 dan siri seterusnya..Kehidupan dari kecil sampai sekarang..dan sekarang dah tak duduk berek da..Duk rumah sendiri yang ayah beli dari aku kecik lagi.. Sangat seronok bergelar anak polis ni..ko macam mana ade story?


#teringat kepada anggota polis yang terkorban di Lahad Datu.. : ( Al-Fatihah)

06 March 2013

~Singkatan~

Bila jadi anak POLIS ni..ayat atau perkataan yang biasa dengar dalam perbualan antara mama dan ayah atau dengan kengkawan mereka ni adalah OKT..

Dalam kehidupan seharian pulak kita biasa dengar perkataan OKU..Kebiasaan nya dijumpai bila pergi Shopping complex and paling mudah dilihat di kawasan parkir kereta..

So sekarang, pelbagai words lagi yang aku dah dengar, bakal dengar and bakal tau.. Let's see ape singkatan yang aku dah pelajari dan yang aku da tahu..

OKT..---> Orang Kena Tuduh
OKU ---> Orang Kuang Upaya
OKK ---> Orang Kena Kompaun
OKN ---> Orang Kena Notis
OKS --->  Orang Kena Sita









 #Hmm kalu SKT macamna pulak..? Kalu dalam message(SMS) jadinya SIKAT..Kalu anda bagaimana? Ada sesiapa yang boleh tolong jelaskan..saya samar-samar...

05 March 2013

~STOP UR VITAMIN C~

Ingat pasal vitamin C yang diwar-war kan haritu..huhu Doc bagi arahan stop makan vitamin C tu.. "Nak nak kamu ni Asma..nanti lagi melarat.." kata dokte tu pada Cik Tinot..Uish mana bole Doc..saya beli mahal-mahal lagi..nak kasi cantikkan kulit, Flawless, cun and bagi kuat tubuh badan..tak kan tak bleh..Haha saje je.. Doc bagi nasihat semalam,suh saya behenti sementara makan vitamin c tu..nanti da okey sesema and batuk tu,ko bedal la balik...hehehe

ni la vitamin yang saya makan..100biji tahan untuk 3bulan..

Best dokte tu..ramah sangat..macam dah lama kenal je..But,lupe nak amik tau sapa nama dia...huhu

~Adakah aku salah???~

~Hmm mood sangat terumbang-ambing harini..Dulu tak timbul isu sekarang isu akhirnya timbul..salahkah aku? Salahkah aku? Hah?? salahkah? kalu selama ni ok sekarang isu berbangkit pulak..memang susah nak terima..BERAT.....huhuhuk~

pikiran ku pusing.....
 Lalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalala...

04 March 2013

~Hati yang panas..~

huh pagi-pagi senin je dah buat aku pun hati jadi hot pan..Maunye idak..turun je rumah tengok kereta kena block..aku da la lewat ni (Nasib sempat sampai sebelum punch card bertukar merah).. marah sampai tak leh nak kata apa..Nasib baik aku tak buat macam main kereta langgar..so bila marah je Istighfar bebanyak..so jadi la cool sikit..Aku dah memang Beng dengan brader tu.. ni lagi tambah hangin.. lagi tambah marah bila pemandu Teksi ni suke hati dia je nak cilok kiri kanan tak bagi signal..Depa ni tak tau bawak kereta ka?haiya..Banyak bahaya..tak payah la kamu nak mengejar sangat customer kamu tu..pikir la keselamatan diri dan orang lain..hey.. 
kadang tu tgh bawak tetiba je terus pancung dari depan..Tadi sempat gak la aku hon panjang kat Uncle tu..sebenarnya aku memang tak suke nak hon-hon orang ni..rasa macam kurang sopan je..tapi tu jela cara nak menyedarkan mereka daripada buat perkara yang sama berulang kali...memang sangat bahaya dan memang mengundang kemalangan jalan raya..

~Balik kampung~

Dah lama tak balik kampung naik bus..Rindu seh.. aku pon join ngan makcik aku si PENJEJAK MIMPI tu balik same.. Hampir setahun lebih aku tak naik bus dari puduraya..Selalu naik kete dan sebelum  ni naik bus dari KLIA..banyak perubahan yang aku tengok..bermula dari perjalanan aku dari Hentian Komuter Kajang sampai ke Komuter Bandar Tasik Selatan dan menaiki LRT ke Plaza Rakyat..Komuter sangat selesa..tak perlu berebut-rebut macam time aku kekanak dulu..nak kena berhimpit dengan pengguna lelaki dan wanita pelbagai bangsa dan agama..Huh bau tu tak payah kata la..nak-nak bila komuter tu sangkut kat tengah stesen..sangat haru biru..sekarang ni perubahan ketara bila aku tak payah lagi berebut naik komuter padahal hari Jumaat(after office hour) dan Ahad(waktu kemuncak) adalah time orang ramai..tapi aku tengok mampu menampung pengguna yang sedia ada..Bandar Tasik Selatan aku cam kompius sikit..time sampai tu okey,tapi time nak balik aku kena tanya kat seorang makcik ni..tapi sepanjang pejalanan aku banyak juga bertanya orang arah aku nak tuju ni..Bak kata pepatah,malu bertanya sesat jalan..so ada mulut tanya jela..

Sampai je puduraya,aku tunggu jup makcik aku ni..Badan memang dah letih betul..menapak dari Office ke Komuter Kajang..tak berhenti aku berjalan..Sangat Letih dan mengantuk..Bus kami kul 8:30pm..Saja aku suh makcik aku tempah lewat sikit sebab aku takut kelam kabut n lewat sampai ke pudu..yela first time dari office balik  kg..sampai pudu pon kul 6..so banyak masa yang kami boleh buat..Isi perut kat Merrybrown..(padahal .aku tak minat merrybrown..tapi ok la )Sempat juga la mengurut badan dekat mesin GINTELL sementara tunggu jam kul 08:30pm tu.. bus kami pon lewat tibe..dalam 08:45camtu..Naik je bus,borak-borak sikit then time for Zzzz~Balik kampung memang rehat betul..Kemas rumah makan tido,makan tido kunyah rehat tengok tv then kul 12:00 dah nagntuk masuk tido..Sangat best!!

So here sum perubahan yang aku nak kongsi kat sesape yang cam aku (JARANG NAIK BUS)

Keretapi Komuter lama
      
Keretapi Komuter Baru



Stesen Puduraya Lama


Stesen Puduraya Baru   







Suasana stesen Bus Puduraya dahulu
Suasana stesen Bus Puduraya sekarang



So sangat berpuas hati dengan perubahan yang diberikan oleh kerajaan..tu pon ada gak yang tak bersyukur...ish ish ishh~