04 March 2013

~Balik kampung~

Dah lama tak balik kampung naik bus..Rindu seh.. aku pon join ngan makcik aku si PENJEJAK MIMPI tu balik same.. Hampir setahun lebih aku tak naik bus dari puduraya..Selalu naik kete dan sebelum  ni naik bus dari KLIA..banyak perubahan yang aku tengok..bermula dari perjalanan aku dari Hentian Komuter Kajang sampai ke Komuter Bandar Tasik Selatan dan menaiki LRT ke Plaza Rakyat..Komuter sangat selesa..tak perlu berebut-rebut macam time aku kekanak dulu..nak kena berhimpit dengan pengguna lelaki dan wanita pelbagai bangsa dan agama..Huh bau tu tak payah kata la..nak-nak bila komuter tu sangkut kat tengah stesen..sangat haru biru..sekarang ni perubahan ketara bila aku tak payah lagi berebut naik komuter padahal hari Jumaat(after office hour) dan Ahad(waktu kemuncak) adalah time orang ramai..tapi aku tengok mampu menampung pengguna yang sedia ada..Bandar Tasik Selatan aku cam kompius sikit..time sampai tu okey,tapi time nak balik aku kena tanya kat seorang makcik ni..tapi sepanjang pejalanan aku banyak juga bertanya orang arah aku nak tuju ni..Bak kata pepatah,malu bertanya sesat jalan..so ada mulut tanya jela..

Sampai je puduraya,aku tunggu jup makcik aku ni..Badan memang dah letih betul..menapak dari Office ke Komuter Kajang..tak berhenti aku berjalan..Sangat Letih dan mengantuk..Bus kami kul 8:30pm..Saja aku suh makcik aku tempah lewat sikit sebab aku takut kelam kabut n lewat sampai ke pudu..yela first time dari office balik  kg..sampai pudu pon kul 6..so banyak masa yang kami boleh buat..Isi perut kat Merrybrown..(padahal .aku tak minat merrybrown..tapi ok la )Sempat juga la mengurut badan dekat mesin GINTELL sementara tunggu jam kul 08:30pm tu.. bus kami pon lewat tibe..dalam 08:45camtu..Naik je bus,borak-borak sikit then time for Zzzz~Balik kampung memang rehat betul..Kemas rumah makan tido,makan tido kunyah rehat tengok tv then kul 12:00 dah nagntuk masuk tido..Sangat best!!

So here sum perubahan yang aku nak kongsi kat sesape yang cam aku (JARANG NAIK BUS)

Keretapi Komuter lama
      
Keretapi Komuter Baru



Stesen Puduraya Lama


Stesen Puduraya Baru   







Suasana stesen Bus Puduraya dahulu
Suasana stesen Bus Puduraya sekarang



So sangat berpuas hati dengan perubahan yang diberikan oleh kerajaan..tu pon ada gak yang tak bersyukur...ish ish ishh~

No comments:

Post a Comment