24 June 2013

Memang tak de rezeki Kami..

Masuk kali ni dah 3 kali aku tak dapat nak berendam dalam air laut ni.. Pe sebab aku pon tak tau.. mungkin ada hikmahnya kan..Kita tak tau..Tak de rezeki..Dapat main air kat tepi pantai je.. tu pon sebab air dah pasang and aku tak nak suar aku basah kuyup..(Walaupon hakikatnya dah basah ) sampai dah petang, air dah pasang.. Lagipon aku rasa macam tak sanggup nak turun mandi.. tu sebab aku decide nak tengok laut dulu.. Ikut plan nak pegi sesudah subuh.. Namun plan memang tak jadi kalu menda yang dah paln awal-awal ni..nak pegi pun ada je halangannya, sakit perut la, penutup tangki air tertanggal la..Memang Allah dah memang taknak kasi aku pergi.. Tapi gatai jugak nak pegi haa kan dah tak dapat mandi.. kalu ikutkan dulu selang sehari aku mesti pegi Port Dickson ni.. Tapi selalu ke Teluk kemang ni la.. Bayangkan Bangi-Port Dickson hari-hari.. Kalu tak pon turun seremban lepak makan kat R&R SEREMBAN arah Utara..hihi

Sebab-sebab aku macam dah tawar hati nak pegi sini lagi 5 sebab utama;

1. Ramai orang

2. Bau busuk

3. Kotor
sampah dibuang mereta-rata

4. Kotor
Buang sampah bila temolok semua dah penuh
5. Kotor
Sang pantai pon bawa sampah-sampah tu kelaut..

#Sangat kecewa tengok pengurusan pantai ni..Majlis Perbandaraan Port Dickson tak cuba amik inisiatif ke nak bersihkan kawasan pantai ni.. Macamna kalu pelancong luar datang?? Malu je..

Jerebu owh jerebu...

pemandangan jarak yang sangat terhad..

Dis picture was taken yesterday..Tengok..bertapa kelabu asapnye highway.. Pic ni amik time aku otw nak ke Port Dickson.. Jarak penglihatan yang agak terhad.. Sangat tidak sihat dan berbahaya untuk kesihatan.. 
Matahari pun macam segan-segan je nak tunjuk muka.. Laut pon tak berepa nak nampak..
Kebanyakan penunggang motorsikal kat area kawasan ni mengenakan penutup hidung.. Bagus jgk tu..tapi ada jugak yang segelintir tak pakai.. aktiviti luar memang tidak digalakkan la ye.. Patutla dari Bangi nak ke selatan aku tengok ramai yang dok nyalakan lampu kenderaan.. Aku ingtkan mereka ni lupa nak padamkan.. rupanya ni la puncanya. Untuk keselamatan memang la patut dinyalakan.. Iyelah mereka adakalanya tidak perasan kehadiran kita..Yang menambahkan buruk lagi keadaan bila hujan tak turun.. Memang kering la cuaca ni.. Debu berterbangan.. Yang aku musykil, jerebu ni da sampai ke pantai timur da.. Kuantan dan Terengganu pun da teruk.. Owh memang teruk jerebu kali ni.. Mereka kat luar tu,jangan la pulak buat pembakaran terbuka pulak.. kang lain pulak yang terbako..Kesian dak-dak skolah tak pegi skolah..(tapi musti dorang seronok sakan kan??)

#minum air bebanyak