04 December 2013

MELELEH AIRMATA..

Tak diduga.. sedang leka menyediakan SKT.. Datang sorang amoi..  Anggaran umur dalam 30an.. cam biasa la aku dah paham sangat kalu orang luar datang tekan loceng kompem-kompem salah pintu bertanyakan untuk berjumpa ngan Dato' Hassan Nawawi YDP kami.. It's ok dah biasa walaupon kengkadang tencen kalu aku sensorang dalam ofis.. Iyelah,nak kena bangun perg ke button open tu..  
Berbalik pada cerita si amoi, ni masuk-masuk je terus bertanyakan pasal surat saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Undang-undang disebabkan kesalahan yang dibuat.. Datang kat aku terus nangis-nangis bagitau yang dia dikenakan saman disebabkan menjaja tanpa lesen.. Macam peluru penjelasan yang dikeluarkan dari mulut mungel si Amoi..Nangis-nangis merayu supaya ditarik balik saman yang dikeluarkan ke atas dia.. Aku dalam hati " sabar Cik Tinot.. Sabar tahan.." Dengan tertib aku membelek surat kat tangan dia dan terangkan pintu yang sepatutnya dia tuju..  


Lepas je keluar dari pintu opis aku, akhirnya berjujuran airmata aku terhambur lepas menahan daripada keluar.. Sedih aku.. Ah pedulik la Opismate aku tengok pon.. Aku punyai hati NTPM Holding Bhd.. iaitu Nibong Tebal Paper Mill sebuah kilang tisu terbesar di Malaysia ni.. Bukan banyak pon denda yang dia kena bayar.. Just only RM100.00 .. kalu shopping beli kasut Scholl pon kita pejam mata je.. dia yang  memang tak berduit memang menganggap RM100.00 tu pon da cukup besar.. jual kuih untung RM15.00 sehari untuk menyara ibunya yang tengah sakit di hospital.. kesian.. hukhuk sabarla ye.. 

tak semestinya dia cina dia kaya berada.. ada yang papa dan ada yang kaya.. Apa yang penting hargai apa yang ada.. Ibu hanya satu tiada galang gantinya..

12 November 2013

Hobi gila VS kerja gila

Tak sure samada aku pernah pos pasal ni atau tak..malas nak view page lelama.. Kalu ada pon cerita yang berlainan la..



Ok nak dijadikan sebuah cerita..untuk sedia maklum,aku adelah seorang penjawat awam dan juga seorang businesswomen (cam poyo je statement) so masa pada aku amat terhad..pegi kerja kul 7pagi sampai uma kul 6 siap mandi then pergi kedai pulak sampai kul 10malam dan kekadang kul 12 malam..hari ahad jela ada masa lapang..time tu la nak mengemas, membasuh, berehat, dan bersantai-santai.. jadi kalu tak kemana-mana,aku lebih prefer duk umah (home sweet home) 

Hentian Rehat Seremban
Jadi disini aku ade kegilaan dimana untuk merelease tension selepas abis kerja, aku akan keluar dari Bangi menyusur lebuhraya utara selatan menuju ke Hentian RnR arah Seremban utara..ini bermakna aku kena menuju keselatan tanah air dan masuk  tol seremban dan keluar semula tol seremban arah utara.. Jauh tu. .kalu sebelum ni hari-hari aku akan buat.. Bukan pegi mana pon..pergi makan pastu balik Bangi semula..Padahal bukan takde kedai makan pon kat Bangi dan seangkatan dengannya.. berlambak.. cuma terasa chill bila buat camni.. Pernah juga ke Port Dickson dan kadang tu sampai ke RnR Ayer Keroh Melaka.. Tang Port Dickson tu jarang sikit la..Sebab gelap dan sunyi..kang aku kena Caught Wet plak kang ngan MAINS..Perjalanan pergi balik dalam 80km camtu.. Sangat santai sebab time malam kereta tak banyak dan udara nyaman je..huh time tu otak jadi kosong.. Yelah nak berjalan masa memang takde. Camtu jelah yang mampu kami buat..kena la KAMI..kalu aku sorang memang tak la..hehe kalu dipikir memang cam buang masa, buang minyak, buang duit..tapi tu la reality kehidupan seorang yang bernama PENCINTA AGUNG..