04 March 2013

~Hati yang panas..~

huh pagi-pagi senin je dah buat aku pun hati jadi hot pan..Maunye idak..turun je rumah tengok kereta kena block..aku da la lewat ni (Nasib sempat sampai sebelum punch card bertukar merah).. marah sampai tak leh nak kata apa..Nasib baik aku tak buat macam main kereta langgar..so bila marah je Istighfar bebanyak..so jadi la cool sikit..Aku dah memang Beng dengan brader tu.. ni lagi tambah hangin.. lagi tambah marah bila pemandu Teksi ni suke hati dia je nak cilok kiri kanan tak bagi signal..Depa ni tak tau bawak kereta ka?haiya..Banyak bahaya..tak payah la kamu nak mengejar sangat customer kamu tu..pikir la keselamatan diri dan orang lain..hey.. 
kadang tu tgh bawak tetiba je terus pancung dari depan..Tadi sempat gak la aku hon panjang kat Uncle tu..sebenarnya aku memang tak suke nak hon-hon orang ni..rasa macam kurang sopan je..tapi tu jela cara nak menyedarkan mereka daripada buat perkara yang sama berulang kali...memang sangat bahaya dan memang mengundang kemalangan jalan raya..

~Balik kampung~

Dah lama tak balik kampung naik bus..Rindu seh.. aku pon join ngan makcik aku si PENJEJAK MIMPI tu balik same.. Hampir setahun lebih aku tak naik bus dari puduraya..Selalu naik kete dan sebelum  ni naik bus dari KLIA..banyak perubahan yang aku tengok..bermula dari perjalanan aku dari Hentian Komuter Kajang sampai ke Komuter Bandar Tasik Selatan dan menaiki LRT ke Plaza Rakyat..Komuter sangat selesa..tak perlu berebut-rebut macam time aku kekanak dulu..nak kena berhimpit dengan pengguna lelaki dan wanita pelbagai bangsa dan agama..Huh bau tu tak payah kata la..nak-nak bila komuter tu sangkut kat tengah stesen..sangat haru biru..sekarang ni perubahan ketara bila aku tak payah lagi berebut naik komuter padahal hari Jumaat(after office hour) dan Ahad(waktu kemuncak) adalah time orang ramai..tapi aku tengok mampu menampung pengguna yang sedia ada..Bandar Tasik Selatan aku cam kompius sikit..time sampai tu okey,tapi time nak balik aku kena tanya kat seorang makcik ni..tapi sepanjang pejalanan aku banyak juga bertanya orang arah aku nak tuju ni..Bak kata pepatah,malu bertanya sesat jalan..so ada mulut tanya jela..

Sampai je puduraya,aku tunggu jup makcik aku ni..Badan memang dah letih betul..menapak dari Office ke Komuter Kajang..tak berhenti aku berjalan..Sangat Letih dan mengantuk..Bus kami kul 8:30pm..Saja aku suh makcik aku tempah lewat sikit sebab aku takut kelam kabut n lewat sampai ke pudu..yela first time dari office balik  kg..sampai pudu pon kul 6..so banyak masa yang kami boleh buat..Isi perut kat Merrybrown..(padahal .aku tak minat merrybrown..tapi ok la )Sempat juga la mengurut badan dekat mesin GINTELL sementara tunggu jam kul 08:30pm tu.. bus kami pon lewat tibe..dalam 08:45camtu..Naik je bus,borak-borak sikit then time for Zzzz~Balik kampung memang rehat betul..Kemas rumah makan tido,makan tido kunyah rehat tengok tv then kul 12:00 dah nagntuk masuk tido..Sangat best!!

So here sum perubahan yang aku nak kongsi kat sesape yang cam aku (JARANG NAIK BUS)

Keretapi Komuter lama
      
Keretapi Komuter Baru



Stesen Puduraya Lama


Stesen Puduraya Baru   







Suasana stesen Bus Puduraya dahulu
Suasana stesen Bus Puduraya sekarang



So sangat berpuas hati dengan perubahan yang diberikan oleh kerajaan..tu pon ada gak yang tak bersyukur...ish ish ishh~