26 February 2013

AMARAN!!


Zaman semakin maju, jenayah semakin berleluasa. Hati-hati untuk semua rakyat Malaysia!

JANGAN
terima atau call semula panggilan dari nombor berikut :

Ada orang yang menerima panggilan dari +375602605281, +37127913091 atau sebarang nombor yang bermula dengan +375 atau +371 atau 081, hanya satu deringan dan terus putus dengan meninggalkan pesanan "missed call". Jika anda membuat panggilan semula ke nombor tersebut, anda akan dicas sebanyak $15-$30, dan semua senarai contact akan disalin dalam masa 3 saat. Jik...a anda mempunyai maklumat akaun bank dalam telefon pintar anda, mereka boleh menyalinnya. Kod +375 dari Belarus dan kod +371 dari Latvia. Jangan jawab atau panggil balik nombor-nombor tersebut. Tolong hantar dan kongsi maklumat ini dengan rakan dan keluarga anda] Kami Prihatin! Anda Bagaimana?

ok statement atas ni aku copy dari facebook Laily Beauty Care.. bukan niat nak copy tapi sebab aku malas nak taip menda yang sama terjadi kat aku 2 hari lepas..so disebabkan memang ada dapat miss koll dari nombor ntah dari mana ni,bukan aku je dapat B.U.C.U.K pun dapat sama,so pe salahnya kongsi menda yang baik kan.. mungkin gak apa yang LAILY BEAUTY CARE  nak sampaikan ni ada kebenaranya..so peringatan jugak la pada sesiapa diluar sana..post je kat wall FB korang tu..

2 comments:

  1. Assalamualaikum,
    terima kasih dengan info ini....baru pagi tadi terima call dari nombor2 ni. Tak sedarpun bila calnya, tapi seingat saya, ini kali kedua dapat panggilan dari nombor pelik ni.

    Kali pertama dulu sempat jawab. Cuma, bernasib baik sebab dlm fon ni tak ada no acc.

    ReplyDelete
  2. sama-sama..yang baik kita kongsi bersama..tu la tiny pon ingtkan orang tersalah nombor ke..niat hati nak gak kol balik tapi nasib xkol..

    ReplyDelete