12 March 2013

~Aku Anak P.O.L.I.S~


Dalam suat kabar harini, semua anggota polis boleh tersenyum and melompat kegirangan la sebab gaji mereka ni akan di naikkan.. Ni sume gara-gara Lahad Datu tu.. Disini kita boelh nampak bertapa besarnya tugas yang digalas oleh mereka yang bergelar polis..Bukan senang nak jaga negara kita ni..nampak mudah tapi hakikatnya sentiasa dalam bahaya.. 
Setelah selesai urusan BR1M kat Bank CIMB tu, aku pon balik.. So otw balik ke ofis (jalan kaki je g Kajang tu sebab dekat,tengok dari atas je cam jao) terserempak dengan seorang anggota polis trafik wanita sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi..huh kerjaya yang dulunya dipelopori oleh kaum lelaki sekarang telah digalas oleh kaum wanita pula.. lepas je alihkan pandangan sambil bermonolog sensorang, sebuah teksi yang dipandu oleh kaum wanita pulak.. Wahh bangganya saya.. pelbagai persoalan bermain diminda.. Kenapa akak tu pilih kerjaya sebagai polis ha? Akak tu pulak berani betul dia bawak teksi..tak takut ke kena samun dengan orang jahat? kenapa perlu dia bawak teksi, bukan ke boleh kalau dia jual kuih kat tepi jalan ke jaga anak orang ke..kenapa ek?
Inila mama saya.. sorry ayah , ur picture xde..sape suruh tak pakai uniform..
Mungkin dia minat kot...sambil terpikir suma tu timbul perasaan bangga kerana mama aku pon seorang anggota polis yang mengalas sebagai Sarjan di tempat beliau..Beliau juga merupakan seorang mama kepada 5 orang anak, Isteri kepada seorang anggota polis jugak, seorang anak kepada seorang bekas anggota polis dan juga menantu kepada bekas anggota polis jugak..hoho memang hebat mama aku ni.. Haa, nanti bakal menantu pon bekas anak polis gak n berabangkan ipar anggota polis..hahaha memang kaum kerabat aku ni semuanya polis.. Ayah aku dah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia dekat 30tahun da..mama pon sama..so macam-macam yang mereka pernah lalui.. aku pon da biasa dok lepak kat balai tu..kalu dengan ayah aku,dari kecik da pergi opis..dulu opis ayah kat Terminal Subang..Ayah aku seorang Special Branch..so tak pernah pon nampak dia pakai uniform polis dari dulu sampai sekarang kecuali AMIK GAMBAR..hihi dan mama dari duduk opis, pastu transfer PGA.. then sekarang MPV.. Standard anak polis, mesti pindah randah.. Bermula duduk kat Berek Polis Subang, pastu pindah ke Berek Polis Petaling Jaya dan akhir sekali Kuarters KLIA.. Kalu cerita pasal ni mau boleh buat siri 1, siri 2 dan siri seterusnya..Kehidupan dari kecil sampai sekarang..dan sekarang dah tak duduk berek da..Duk rumah sendiri yang ayah beli dari aku kecik lagi.. Sangat seronok bergelar anak polis ni..ko macam mana ade story?


#teringat kepada anggota polis yang terkorban di Lahad Datu.. : ( Al-Fatihah)

1 comment:

  1. Ekau x mo cito ko psl mkck2 ekau yg kijo kek beng... kijo kek mbpj... kijo kek jkr... pastu akak ekau yg kijo kek klia tu...

    ReplyDelete